Poring Hot Spring
>> Rabu, 1 Jun 2011
salam 1Malaysia bertemu lagi kita pada hari ini..hehe..jauh berjalan luas pemandangan itu lah peribahasa yang boleh mengambarkan kita perlu melancong…bila melancong ni sedap ja mata memandang keindahan flora dan fauna..hehe..ok hari ini saya ingin membawa anda melancong di Poring hot Spring, Sabah..apa tempat² yang menarik di Sabah yang wajib korang pergi? jawapannya ada disini..teruskan membaca k..
pada post kali ini saya akan menunjukkan lokasi² menarik beserta sedikit info² tentang tempat yang menarik ini..
Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu, Pusat Pemuliharaan Orkid di sini dan juga jika bernasib baik anda juga berpeluang melihat sendiri Rafflesia yang tumbuh subur.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.
Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.
0 ulasan:
Catat Ulasan