KEHANGATAN SAMBUTAN PESTA TAHUN BARU CINA
>> Jumaat, 27 Januari 2012
PITAS- Kemeriahan sambutan pesta tahun baru cina baru saja bermula, yang mana sambutan pesta tahun baru cina peringkat Kg. Salimpodon Laut. Anjuran En. Ruddy Awah ini bermula pada 23-01-2012 sehingga 28-01-2012, majlis yang diadakan ini adalah sambutan pesta tahun baru cina yang telah menjadi acara tradisi yang mana akan di adakan setiap tahun. sambutan tahun baru cina kali ini diadakan selama enam hari enam malam yang mana setiap hari akan menjalankan pelbagai aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan sepak takraw, pertandingan pancak silat, battle of the band, persembahan silap mata dan tarik tali. Majlis kali ini lebih hangat dengan kehadiran beberapa orang artis jemputan seperti Datuk M. Daud Kilau, Nera AF, Candy AF, Nadia Ali, Yantzen(rusty blade), Jandrywine(macam di KK), Pauline, Sheryll Josh, Peter Nianti, Meeda Hamzani,Abu Bakar Elah, S.Welly dan ramai lagi.
"Satu-satunya pesta di Sabah yang unik dan luar biasa serta terpanjang sambutanya" kata tuan pegawai daerah iaitu En. Sapdin Ibrahim yang mana telah merasmikan majlis pembukaan pesta tahun baru cina yang telah di adakan di dataran En. Ruddy Awah. Beliau juga menegaskan penganjuran sambutan pesta seperti ini sangat baik sekali kerana boleh menarik lagi pelawat atau pelancong untuk datang ke daerah Pitas, sesuai dengan slogan "PITAS DESTINASI BARU PELANCONGAN" RM 1juta yang akan di belanjakan untuk menaik taraf beberapa tempat seperti pusat pelancongan di Kg.Malubang yang terkenal seperti batu supirak, batu talam, batu orang berunsai dan telaga air tawar di kawasan air masin. En. Ruddy Awah berkata tujuan beliau mengadakan penganjuran seperti ini agar dapat berkumpul dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun dan memberi hiburan kepada semua pengunjung yang hadir, katanya lagi "saya sanggup belanjakan wang ringgit yang besar jumlahnya semata-mata untuk berhibur dengan keluarga dan rakan-rakan khasnya warga Pitas" beliau juga sangat berterima kasih kepada ahli keluarga dan semua AJK pelaksana yang banyak membantu untuk menjalankan penganjuran inidengan jayanya, katanya lagi beliau telah menghantar surat permohonan kepada MALAYSA BOOK OF RECORDS agar penganjuran ini dapat di masukan dalam senarai penganjuran yang terpanjang sambutannya di Malaysia. Media rasmi iaitu radio online UtaraFM adalah media yang bertanggungjawab untuk memberi liputan secara online sepanjang sambutan pesta ini berlangsung, yang mana di meriahkan dengan kehadiran Dee Jay seperti DJ RUMPUTT, DJ SIIPUTT, DJ KUPANG dan ramai lagi, untuk mendengar secara LIVE pendengar bolehlah terus saja masuk ke www.utarafm.net atau http://destinasibarupelancongansabah.blogspot.com/
0 ulasan:
Catat Ulasan